Pantai ABF, Kidurong, Bintulu, Sarawak. 2008 "Tenanglah kerana akhir perjalanan itu adalah kebaikkan, hasilnya adalah kesenangan, dan penutupanya adalah kemuliaan"- La Tahzan, Dr. 'Aidh. Assalamualaikum Tulisan kedua untuk tahun 2013, tak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua warga bloggers. Tahun ini adalah tahun terakhir bergelar seorang pelajar ijazah, tahun ini juga mungkin tahun pertama melangkah ke alam pekerjaan, dan tahun ini juga secara automatiknya umur bertambah setahun lagi.* tahun ini pasti kritikal* . Teringat kembali memori daun pisang tahun satu suatu ketika dahulu, " lama betul empat tahun nak habiskan degree ni ", " takpe, empat tahun tu mesti rasa sekejap je ". Nahh, ucapan ucapan yang pernah dilemparkan satu ketika dahulu kini semakin menjadi kenyataan. Nahh, kini berpijak la kamu di bumi yang nyata. hihi. Tujuh semester berlalu begitu sahaja, *cepat, cepat cepat masa itu bergerak* ...