critical year
Pantai ABF, Kidurong, Bintulu, Sarawak. 2008 |
"Tenanglah kerana akhir perjalanan itu adalah kebaikkan, hasilnya adalah kesenangan, dan penutupanya adalah kemuliaan"-La Tahzan, Dr. 'Aidh.
Assalamualaikum
Tulisan kedua untuk tahun 2013, tak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua warga bloggers. Tahun ini adalah tahun terakhir bergelar seorang pelajar ijazah, tahun ini juga mungkin tahun pertama melangkah ke alam pekerjaan, dan tahun ini juga secara automatiknya umur bertambah setahun lagi.*tahun ini pasti kritikal*.
Teringat kembali memori daun pisang tahun satu suatu ketika dahulu, "lama betul empat tahun nak habiskan degree ni", "takpe, empat tahun tu mesti rasa sekejap je". Nahh, ucapan ucapan yang pernah dilemparkan satu ketika dahulu kini semakin menjadi kenyataan. Nahh, kini berpijak la kamu di bumi yang nyata. hihi. Tujuh semester berlalu begitu sahaja, *cepat, cepat cepat masa itu bergerak* semester lapan yakni semester terakhir akan bermula beberapa bulan sahaja dari sekarang , dan itu pun pasti berlalu sekejap sahaja. Jujurnya diri ini masih belum bersedia untuk dunia luar, tapi harus digagahi jua demi sebuah kehidupan*ayat ini drama*. InshaAllah, semoga Allah permudahkan setiap urusan. :)
Semoga tahun baru ini mendatangkan pelbagai kenangan manis semanis kurma buat anda semua. Hidup kita singkat maka jadikan ia bermakna. :)
-Fin
Comments