Jalan jalan | Pulau Redang , Redang Mutiara Beach Resort , Terengganu

Assalamualaikum.


This is my second post for this year, memang agak jarang update blog since graduate. Dulu student memang la banyak masa sampai boleh stay up till subuh, sekarang ni nak stay up sampai pukul 12 pun tak mampu. Last week I have reunion trip with my degree BFF !  finally we meet again after two years! Tempat yang sesuai untuk reunion ni mestilah tempat kitorang menghabiskan masa empat tahun bersama, * begitu * hehe. So, After planning for so long bertemu la kami di Terengganu. So many changes in Terengganu after two years! 



 In the morning, we have our breakfast at our favorite kedai nasi kerabu, belakang pintu unisza. Teringat masa study dulu lepas je jogging memang agak kerap jugak la kitorang makan kat sana. Kalau  time pergi Pulau Perhentian dulu kitorang naik dari Jeti Besut, tapi kali ni nak ke Pulau Redang kitorang naik dari Jeti Marang. Jeti kat Marang ni pun ada beberapa jeti mengikut resort masing masing. If korang naik kereta, you can park your car at the Jetty, tapi dikenakan cas sebanyak RM30 untuk 3 hari 2 malam. Untuk trip ke Redang ni sekali lagi kitorang menggunakan pakej, senang semua kos makan, boat pergi balik, snorkeling included dan kitorang tak yah pening pening. Pakej untuk 3 hari 2 malam ni dalam RM300++ juga, depend on what resort you choose. 



Dulu ke Perhentian kitaorang naik speedboat, kali ni ke Redang ni nak kata speedboat or ferry ak pun kurang pasti. Asalkan sampai kan?. hehe. Estimate time dari jetty ke Redang adalah dalam 40 minit , agaknye lah sebab start bot bergerak ak dah buat buat tidur.. mabuk laut seh!. hahaha. Bila dah nak sampai Jetty resort memang excited gila.. sebab air dia biru sangat! pasir putih sangat!.





Sampai je kat Redag kitorang check in dan terus luch.. Lepas lunch bermulah aktiviti snorkeling. Redang punya coral still cantik skit dari Perhentian, tapi malangnye tak dapat la nak bertentang mata dengan penyu. Memang dari mula sampai terengganu sampai la balik asyik makan je tak berhenti.. foods provided by resort memang mencukupi. Biasalah main air ni memang cepat lapar.. air panas dan roti memang akan sentiasa ada, sementara nak tunggu makan siap boleh dulu buat roti bakar ke. macam tu lah.. hehe.



 After 2 session of snorkeling, kami surrender untuk ke sesi snorkeling yang terakhir.. sebab masing masing memang dah mabuk laut. so.. petang hari kedua kitaorang pilih untuk jungle trekking, cost untuk seorang adalah RM10.. Memang agak mencabar jugak la trek ni dan agak tinggi la jugak, nasib la my girlfriends ni semua hati kental tak de pon yang merungut. The view kat atas tu memang la cantik.. memang tak rugi berpeluh peluh mendaki.. hehe.





Pejam celik rasa sekejap je 3 hari 2 malam tu.. kalau nak ikutkan hati nak je extend kan lagi cuti.. tapi apakan daya.. hehehe. Alhamdullilah semuanya dipermudahakn, services provided by resort memang okay sangat sangat.. yang incharge snorkeling pun memang baik sangat sanggup la bawak budak budak ni snorkeling beramai ramai dengan pelampung.. hehe. *memang tak kan lupa* So, till we meet again next year ye kawan kawan! #KeUtaraKeKita ? hehehe. 



Ps: Lama tak tangkap gambar, skill dah menurun. haish.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman | Root Canal Treatment (Rawatan Matikan Akar)

Jalan jalan | Surabaya , Indonesia

Jalan jalan | Bangkok - Maeklong Railway Market Menaiki Train ( Part 1)