Ingatkan dah tak reti masak.. tapi rupa-rupanya..

bukan magi yang ini! haha.

Assalamualaikum!

Balik kuliah semalam, tetiba mengidam gila nak makan magi!! Disebabkan oleh takde bekalan magi, so beli la dua bungkus kat koperasi. Satu perasa ayam satu perasa kari. Okeh! Haha. Balek-balek terus masak air dan masak ikot procedure biasa macam yang belakang pembungkus tu soh buat. Lepas 5 minit, yeaaaa! Magi da siap da boleh makan!. Tapi..lepas mkn dua tiga sudu, boooooooooo! Tak sedap! Haha. Aku ingat ak tak reti masak, rupanya-rupanya magi tu nk expired dlm beberapa bulan lagi! Oh patotlah! Rupanya bukan silap ak. Haha.

Okeh!! Berapa ramai di antara kita yang tahu macam mana nak pilih barang bila pergi supermarket? Ada sesetengah orang akan main amik je kan apa yang dia nak tanpe tengok dan meneliti benda alah yang dia beli tu.

Since kecik, my mom dah ajar cara-cara nak beli barang kat supermarket, antaranya ialah, bila beli sesuatu barang.. contoh macam biskut ke jajan ke, make sure pilih belakang-belakang. Jangan ambil depan-depan. Sebab budak kecik-kecik suka godek-godek barang kat supermarket, bila da jatuh cepat-cepat mak dorang angkat letak balek kat bahagian depan, kan biskut tu dah hancur kalo da jatuh-jatuh?.

Pastu bila beli barang yang bertin, make sure tengok ada kamek ke tak. Penting tau! Sebab tin yang kemek akan akibatkn kerosakan dlm isi tin tu jugak! Hehe. Kadang-kadang bila aku godek-godek pilih tin susu pon ada gak banyak yang kemek. Tu sebab abangla susun tin maen campak-campak, tak ikhlas. Hahaha!

Benda-benda laen, macam logo HALAL pon kena kita titikberatkan. Tak leh la nak bedal makan sume kan? Make sure juga tanda harga yang dia letak sama ngan barang yang kita beli. Kadang-kadang certain kedai suka buat trick bodoh macam ni, letak tanda harga benda tu RM2, tapi bila scan RM5. Tak ke bongeks, yang kita ni terus je bayar walaupon hati pedih berdarah! Haha. Yang terakhir, make sure expired date benda yang kita beli tu. Certain barang ada shelf life dia sendiri, bila nk dekat tarikh-tarikh expired tu benda tu dah jadi tak berapa nak elok. Macam kes aku tu lah kan?. Tak teringat, terus nak beli.haha. padan muka kat diri sendirii! Boooooooo! ^____^

Okehlah! Pada anda-anda yang nak membeli belah sentiasa beringat ye! Hehe ^_______^Y


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman | Root Canal Treatment (Rawatan Matikan Akar)

Jalan jalan | Pulau Redang , Redang Mutiara Beach Resort , Terengganu

Jalan jalan | Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan