Dunia Pun Tersenyum
Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tak punya apa-apa
padahal bumi,langit, dan bintang-bintang
disediakan untukmu
begitu pula lahan pertanian
bunga-bunga yg beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung merpati yang merdu kicauannya
air yang ada disekitarmu berkilauan bak perak
dan mentari yang ada di atasmu
bak emas nan menyala
suku nomad di lereng dan puncak bukit
membangun khemah-khemahnya nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain
dunia dgn segala keindahannya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau bermuram durja
dunia pun tersenyum
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum
jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali dgn menyesalinya
atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja
atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua
kerana sesunguhnya zaman tidak menua
perhatikanlah
sampai sekarang masih bermunculan dari bumi
berbagai tumbuhan yang sangat indahnya
hingga seakan-akan berbicara kepadamu.
Comments