Share | Boneca,Cela.

Ladang UniSZA. 2012


Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa,
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa,
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela


Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bila mana kau juga seorang manusia?

-Boneca, cela

Boneca - Cela.mp3

#Memory lane. Late 2009. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman | Root Canal Treatment (Rawatan Matikan Akar)

Jalan jalan | Surabaya , Indonesia

Jalan jalan | Bangkok - Maeklong Railway Market Menaiki Train ( Part 1)