Welcome New Year!!
Assalamualaikum. Tahun 2011 bakal berlabuh. Tahun 2011 adalah satu tahun yang banyak mengajar erti kehidupan, yang manis dan pahit, yang suka dan duka. Yang berlalu biarlah ia berlalu dan biarlah ia ternoktah di situ tanpa sebarang kemusykilan atau persoalan. Manusia sememangnya tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak kerana manusia itu tidak pernah sempurna. Di saat-saat terakhir 2011, dengan rendah hati nya memohon keampunan terhadap setiap perlakuan yang mungkin menjegkelkan dan juga setiap kata yang pernah menyakitkan, Ya.. sememangnya saya manusia biasa yang tak pernah sempurna . Semoga kedatangan tahun 2012 adalah lebih baik dari tahun 2011 buat diri kamu dan diri saya hendaknya. InsyaAllah. Ikhlas.Wannurazlin.