are you thinking too much what others thinking about you?. fikir-fikirkan, renung-renungkan, selamat beramal!
Assalamualaikum.
Hi. Malam macam ni, ingat nak start buat report latihan industri. Tapi sebaik je bukak laptop dan jugak bukak wireless semua niat murni hilang. Sibuk bukak website yang entah ape-ape sampai tak sedar masa berlalu macam tu je. I wonder what are the first website yang orang ramai bukak sebaik sahaja connecting with internet?me?. here are the list:
1) Facebook 2)wannurchan.blogspot.com 3)Beautifulnara 4)Blogserius 5)OhBulan! 6)Kosmo online 7)Youtube.
Memang itulah aturannya. haish. Bila difikirkan balik, rugi betul masa-masa aku. Aku boleh habiskan almost 3-4 hours exploring all 7 website. kejadah haram! macam la yang berlaku malam ni. Start bukak laptop pukul 8 and now pukul 12, langsung takde satu website lain yang lebih berfaedah selain senarai di atas yang aku explore. Yes, i know what to do, i will make sure that aku bukak website yang lebih berfaedah seperti national geography ke, pasal sejarah-sejarah ke, hahaha! Harammmm! mesti tak jalan. I know myself better. haish.
I read this interesting article from utusan,
LONDON 1 Ogos - Pengenalan laman web Facebook dan Twitter mewujudkan satu generasi yang terlalu memikirkan diri sendiri, kurang pemerhatian dan mempunyai keinginan seperti kanak-kanak kerana sentiasa memerlukan maklum balas mengenai kehidupan mereka, kata saintis.
Pendedahan berulang kali kepada laman-laman web jaringan sosial menyebabkan pengguna mempunyai krisis identiti dan sentiasa mahukan perhatian seperti seorang kanak-kanak.
Seorang profesor farmakologi di Universiti Oxford, Baroness Greenfield mempercayai perkembangan 'persahabatan' di Internet dan permainan komputer mungkin memberi kesan mengubah 'otak'.
Keadaan itu akan menyebabkan kurangnya daya tumpuan dan sentiasa ingin memuaskan keinginan dengan segera, selain kemahiran bukan lisan yang teruk.
Lebih 750 juta orang di seluruh dunia menggunakan Facebook untuk berkongsi gambar dan video selain pergerakan dan apa yang difikirkan mereka manakala berjuta-juta orang turut menjadi pengguna Twitter.
Bekas pengarah badan penyelidikan di Royal Institution, Baroness Greenfield berkata, apa yang menjadi kebimbangan adalah apa yang diperkatakan dalam Twitter.
''Kenapa seseorang perlu mengambil tahu apa yang orang lain makan untuk sarapan pagi? Ia mengingatkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil yang menyatakan lihat ibu saya sedang lakukan perkara ini, saya sedang buat ini,'' katanya.
Ahli akademik itu mencadangkan pengguna Facebook merasakan perlunya mereka menjadi 'selebriti kecil' yang diperhatikan dan dikagumi oleh orang lain setiap hari.
Mereka melakukan apa sahaja yang menjadi perkara yang boleh dimuatkan dalam Facebook kerana ia merupakan satu-satunya cara untuk mendefinasikan diri mereka.
''Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri,'' ujarnya. - Agensi
Credit source: Utusan Malaysia
Tajuk artikel ni adalah "FB lahir generasi penting diri sendiri'. Cuma tertarik kepada ayat terakhir dalam artikel tu,
"Fikirkan apa kesannya kepada masyarakat jika orang ramai lebih bimbang mengenai apa yang difikirkan orang lain mengenai diri mereka daripada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka sendiri".
Ia nya tentulah akan mewujudkan masyarakat yang kurang berkeyakinan. kan?. Kita seharusnya memikirkan tentang kita sendiri daripada berfikir tentang fikiran orang lain terhadap diri kita. Kalau takut nak buat ini, sebab takut orang tu cakap macam ni, macam mana kita berani nak buat sesuatu kan? sampai bila-bila apapoooooooon tak boleyyyyy. haish. i am also reminding myself. We are not perfect. ~~~~(^_^)~~~~
P/s: Kita lebih tahu siapa diri kita daripada orang lain.
Comments