Bila rasa diri nak jadi cannibal

Assalamualaikum.

Hi. Kelas semester ni betul-betul padat, dari hari ahad sampai la khamis semua start pukul 8. Bila dah semua kelas kat kusza pukul 8 tu macam awal la sangat kan? isk. isk. Tak baik sungguh. hehe. Yelah. Yelah. Ok lah tu, daripada kena naik bus pukul 7 pagi pergi kota baik lagi aku terkedek-kedek pegi ptm pukul 7.45 pagi. kan?. Entering kusza memang sangat-sangat awkward for us. DifferentTapi takpelah, lama-lama biasalah tu kan. Disebabkan jadual memang sangat-sangat padat some of us or all of us mesti skip lunch. Kelas habis pukul 1 terus kena naik bus pergi kota untuk lab, bayangkan lah tiga hari direct macam tu. Takde masa langsung nak makan, cuma masa gap kelas pagi sejam tu la sibuk nak cari makan alas perut. Bila balik dari kota, semua dah kelaparan and mesti serbu cafe. Then this is the story... hahaha. *kejadah intro panjang berjela-jela???* hehe. 

Daripada semua cafe kat uni, ade satu cafe yang boleh la dikira okay la. Kitorang macam biasa before nak sampai kusza sms je nak order ape kat kafe tu. Semua happy la sebab dah terbayang.. balik nanti aku nak makan nasik goreng paprik sambil tengok cerita korea lah!. Eiii. seronoknyer!. Dah penat seharian kelas kan?. Then bila sampai je terus pergi cafe tu dengan harapan nak bayar and take away makanan. Bila chek-chek takde pulak, tanye lah mana order? dia kata pulak order list awak ade kat belakang. Okay la.. tenang-tenang. Bila dah setengah jam, chek lagi... takde jugak. Sabar... Bila dah sejam, check lagi... takde jugak. Sabar.. Bila dah sampai dua jam? takde jugak? memang tak boleh sabar lah. kejam kot. Dah la seharian tahan lapar bila dah jadi macam tu tak ke ko rasa nak baham je orang kat kafe tu?. harhar! cannibal! cannibal! 

Memang susah nak cari orang yang ikhlas berniaga untuk kepuasan orang lain, yang lain berniaga nak dapat untung berlipat ganda tapi semua buat cincai je. - Conclusion selepas berdiskusi panjang dengan yam pasal hal kafe ni. haha. At first, memang la sume nak blame kat cafe tu. Tapi selepas berfikir panjang maybe salah pengurusan jugak. Yelah, students kata dah ramai sampai ada yang tak dapat hostel dis tyme. That mean komuniti dah ramai la kan? tapi cafe macam tu jugak dari first year lagi aku jejak kaki kat sini. Why not tambah lagi cafe & makanan. kesian la kat students, kalau nak makan luar hari-hari mana lah mampu. Itu je lah pandangan aku, nak hentam lebih-lebih siapalah aku?. 

Lunchnner (lunch + dinner), burger ayam with cheese!

Berapa la kalooooori benda alah ni? sampai bila-bila pun diet aku tak jadi! hmmmm!


Comments

fizah said…
erm..sme2 la kite sbr..hari tu pun fizah kene mcm tu jg...
wan nur azleen said…
sekarang ni pilihan pon kurang je. hari2 same., terpaksa bersabar untuk 2 tahun lagi, :)

Popular posts from this blog

Pengalaman | Root Canal Treatment (Rawatan Matikan Akar)

Jalan jalan | Surabaya , Indonesia

Jalan jalan | Bangkok - Maeklong Railway Market Menaiki Train ( Part 1)