Special and Limited Edition
Assalamualaikum.
Post yang ke 100! Hurayy-hurayy!
I am thinking. Why i create a blog? what are the function n purpose?. Untuk menunjuk-nunjuk siapa diri kau ke?. Let me think...
Blog saya!
Blog saya ibarat journal peribadi saya. Apa yang saya lalui, apa yang saya rasakan, apa yang saya fikirkan. Ada sesetengah perkara yang teramat peribadi, biar diri saya sahaja yang tahu. Saya mengaku!! (cam kena soal siasat ngan polis.haha) my writting skills is not good enough, ayat-ayat kadang-kadang macam budak-budak buat karangan upsr, ejaan lagi la lintang pukang.haha.Tapi apa saya kesah??. Yelah, setiap manusia kan lain-lain.. kalau kau macam itu, aku macam ini... we are different and differences make life more wonderful. cube bayangkan, kalo anda dan saya sama sahaja, pakai baju yang sama, ada kereta yang sama, suka makanan yang sama, tentu da tak menarik lagi kan? anda lagi la akan menyampah-nyampah sambil menyumpah-nyumpah saya kn?
Hidup untuk dinikmati!
Setiap hari adalah hari yang berlainan. Ya. saya mengakuinya. Jika semalam saya bersedih atas sesuatu perkara, Hari ini saya akan bergembira atas sesuatu perkara yang lain pula. Kdg-kdg suka juga mengintai blog orang-orang lain, dan terkagum seketika melihat their life style. waaa. bagusnya kalo saya macam dia! waaa.. bagusnya kalo saya ada rumah macam dia! waaa.. bagusnya kalo saya dapat mengelilingi dunia macam dia!. Mereka menikmati hidup mereka! saya juga begitu, tapi bukan lah rezeki saya untuk seperti mereka. cukuplah kesederhanaan dalam setiap kehidupan.itu lebih baik kan?
Keluarga dan Kawan-kawan!
This is my precious property!! yang sangat-sangat bernilai dalam kehidupan saya. Lebih mahal dari anda punya Bently, Lebih mahal dari anda punya Prada, Lebih mahal dari anda punya LV!.haha.Betul kan kata saya?. Tanpa keluarga, anda tak kan ada di dunia!. Bersyukurlah.
Dan kawan-kawan?, for whole of my life, susah untuk mencari kawan yang akan sama-sama menangis bila kita sedih dan akan sama-sama ketawa bila kita gembira.Kan?, tp kawan yang sebegitu akan ada jika kita saling percaya mempercayai,saling berterus-terang dan juga saling hormat-menghormati.. percaya rakan anda seperti mana dia mempercayai anda, hormat rakan anda seperti mana dia menghormati anda. Tak susah kan?.
Sekian! Terasa special post kali ini sungguh skema!. Tiadalah,cuba lari dari kebiasaan!.
Pengalaman menjadikan siapa diri saya! Menjadikan fikiran saya lebih dewasa.Tak perlu risau,anda juga akan laluinya suatu hari nanti!=]
Comments