5 nasihat
Assalamualaikum.
Tadi tergerak hati nak check folder2 dlm laptop. Satu folder yg jrg sgt nk bukak dan bace. tazkirah. kadang-kadang kita rasa hidup kita berat, tapi kita tak sedar, hidup kita ni satu anugerah, satu hadiah. walau berat macam mana pon hidup, kena juga tempuhi. hidup juga perlukan pengorbanan, tak kisah lah untuk keluarga, rakan n orang yang tersayang. sebab bila orang sekeliling kita bahagia kita pon turut bergembira juge kn?. hidup juga tak perlu berpure-pure.sebab kepure-purean akan menyakitkan hati kita lagi, berterus-teranglah dlm setiap kehidupan kerana itu adalah kunci kepercayaan dlm setiap perhubungan.. n this wat i found in my tazkirah folder. enjoy reading.
5 Nasihat :]
Apabila anda ingin menjadi orang yang berjaya dalam hidup anda, maka teruskan bersabar dalam memikul tanggungjawab anda. Hubungkanlah tali persaudaraan dengan ahli dan kerabat anda. Katakanlah kepada mereka kata-kata yang lembut dan jauhi daripada perkataan bohong (keji).
Wahai manusia! Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Buatlah perkara-perkara baik dan jauhilah daripada segala keburukan. Sesungguhnya (identiti) sesuatu bangsa itu ialah akhlak mereka. Jagalah diri kamu dan keluarga kamu (daripada) api neraka.
Wahai-wahai masa depan! Laksanakanlah tugas-tugasmu dan letakkannya di bawah perhatian utama kamu. Gerakkanlah lidah kamu dengan berzikir kepada Allah, nescaya hati kamu akan menjadi tenang. Tinggalkanlah perbuatan cela dan keji, nescaya hati kamu akan dapat bersatu.
Wahai kedua orang tuaku! Ajarkanlah daku akan kebaikan dan pandulah daku kepada kelepasan (keselamatan). Berilah makan kepadaku daripada rezeki yang halal. Didiklah daku dengan didikan yang baik. Pukullah daku dengan pukulan didikan dan latihan.

Wahai hamba-hamba Allah! Takutilah Allah dalam keadaan sunyi atau terang. Bertaubatlah kepadaNya dengan taubat nasuha. Ketahuilah bahawa Allah itu suka kepada orang-orang yang bertaubat, maka pohonlah keampunan kepadaNya. Juga…Allah suka kepada orang yang menyucikan diri, maka bertasbihlah kepadaNya.

Comments