Jackfruit Disease


Assalamualaikum.

As a promise, here are my plant protection assignment. I am doing disease on Jackfruit. Sources mostly from the internet, but first of all forgive me if there are mistake or error information given. Sehubungan dengan itu serangkap pantun saye sertakan. hahaha!
Buah nangka di luar pagar
Amek galah tolong jolokkan
Saye budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan



Scientific Name : Artocarpus heteropyllus Lam
Local name: Nangka
Kingdom : Plantae
Kelas : Magnoliopsida
Order : Rosales
Nangka dipercayai berasal dari India. Pada awalnya tersebar ke negara lain seperti Asia Tenggara dan akhirnya ke negara Filipina. Tanaman ini juga sering di tanam di Afrika tengah dan timur dan cukup popular di Brazil. Nangka sesuai di tanam di kawasan tropika dan boleh mencapai berat sehingga 36kg, panjang sehingga 90cm, dan lebar sehingga 50cm.
Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.
NANGKA DI MALAYSIA
KELUASAN TANAMAN
Nangka adalah dari keluarga Moraceae yang di tanam di Malaysia untuk di makan segar dan di proses. Terdapat seluas 3,962 hektar tanaman nangka pada tahun 2010 dengan pengeluaran sebanyak 27,459 metrik tan. Pada tahun 2010, negeri yang paling luas dengan tanaman ini adalah Pahang iaitu seluas 669 hektar, kedua terluas ialah Johor sebanyak 515 hektar dan diikuti Serawak seluas 481 hektar. Tanaman nangka diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocarp) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain.
KAWASAN TANAMAN
Nangka sesuai ditanam diatas tanah lom berpasir yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan mesti terbuka dan mendapat cahaya matahari yang mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan dan pendebungaan. Kawasan yang mudah tenggelam atau banjir harus dielakkan kerana tanaman nangka tidak dapat bertahan dalam air melebihi tempoh empat hingga lapan jam dan seterusnya akan mengakibatkan pokok nangka mati. Tanah perlu dibajak atau dibersihakn dari semak samun sebelum menanam untuk mendapatkan kesuburan pokok yang optima dan perlu menyediakan system pengairan yang sempurna. Pagar boleh dipasang untuk mengelakkan serangan binatang liar dan ternakan serta potensi kecurian dari penceroboh.
KHASIAT TANAMAN
Buah nangka mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan sukrosa yang membantu dalam mengisi semula tenaga secara terus. Buah nagka juga kaya dengan serat fiber yang membantu dalam proses penghadaman. Kandungan fiber membantu melindungi lapisan kolon mucous dengan mengurangkan masa pendedahan di samping sebagai pertahanan kepada kanser yang disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di dalam usus besar. Buah nangka segar adalah sumber Vitamin yang baik, dimana ia adalah anti oksida yang sangat berguna untuk penglihatan. Pengambilan buah ini yang kaya dengan vitamin A akan membantu melindungi daripada kanser paru-paru dan rongga mulut (oral cavity). Ianya juga kaya dengan flavanoid antioksida seperti β-karoten dan lutein. Antioksida ini dipercayai membantu dalam melindungi dari kanser kolon, prostate, paru-paru, dan endometrial. Buah nangka juga adalah sumber antioksida vitamin C yang baik. Pengambilan buah yang kaya dengan vitamin C mempantu dalam pertahanan tubuh melawan penyakit yang berbahaya. Buah nangka segar adalah salah satu sumber potassium, magnesium, manganese, dan iron yang baik. Potasium adalah penting dalam kompenen sel dan pengaliran dalam badan yang membantu dalam mengawal degupan jantung dang tekanan darah.

JENIS PENYAKIT

Penyakit : Rhizopus Rot
Pathogen penyebab : Tiga jenis kulat dari genus Rhizopus boleh menyebabkan penyakit ini di daerah tropika iaitu Rhizopus oryzae, Rhizopus artocarpi, Stolonifer Rhizopus
Jenis pathogen : Fungi
Bahagian dijangkiti : Buah
Symptom/ gejala :
Bunga dan buah nangka pada mulanya akan lembut, berair, dan terhasil pembentukkan bintik-bintik coklat. Seterusnya permukaan buah nangka akan mempunyai debu-debu, spora hitam yang kabur dan fungus miselia putih. Fungus ( Rhizopus) akan menyelaputi keseluruhan buah muda dan akan menyebabkan buah hitam, busuk, dan menyusut. Gejala pada buah nangka ini dapat dilihat pada pokok dan boleh juga dilihat ketika buah disimpan di gudang atau ketika di dalam transit.
Cara Kawalan :
Pemangkasan pokok harus dilakukan untuk menggalakkan pengudaraan yang baik dan untuk mengurangkan relative kelembapan di konopi. Buah yang dijangkiti oleh fungi (Rhizopus) haruslah dibuang atau dihapuskan daripada pokok dan juga tanah. Kotoran organic yang reput di dalam atau di sekitar pokok harus dibersihkan. Pastikan air tidak bertakung di kawasan penanaman, ini kerana ia akan menyebabkan fungi merebak dengan lebih cepat dan akan merugikan tanaman. Rumpai di sekeliling pokok dikawal, terutamanya pada pokok muda. Tujuan pengawalan rumpai adalah untuk mengelakkan pokok muda diserang oleh pathogen dan juga untuk mengelakkan kehilangan nutrient dan seterusnya akan membantutkan pertumbuhan pokok. Tanaman buah nangka juga boleh ditanam bersama-sama dengan pokok lain yang tidak terdedah kepada jangkitan Rhizopus. Jauhkan buah yang telah masak daripada tanah atau bahan organic yang telah reput. Ketika kerja-kerja membersihkan ladang, pastikan buah tidak terkena benda-benda tajam. Buah yang telah masak dan dipetik harus dibasuh di dalam air yang bersih dan keringkannya sebelum proses pembungkusan dan penghantaran. Buah yang telah dijangkiti tidak boleh dibungkus bersama-sama buah lain, ianya harus dihapuskan. Elakkan buah yang dibungkus daripada panas dan pengudaraan yang lemah. Jika penyakit semakin teruk, lindungi buah menggunakan tembaga fungiside atau produk yang berdaftar secara semburan berkala.
Penyakit : Mati rosot (Branch Dieback/ Bacterial Blight)
Pathogen penyebab : Erwina caratovora
Jenis Pathogen : Bacteria
Bahagian Dijangkiti : Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang.
Symptom/sign :
Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.
Cara Kawalan :
Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas dengan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.
Penyakit : Cendawan angin (pink disease)
Pathogen penyebab :
Disebabkan oleh fungi, Erythricium salmonicolor. Serius di kawasan tanaman berkepadatan tinggi atau di bawah lindungan pada musim hujan.
Jenis Pathogen : Fungi
Bahagian Dijangkiti :
Menyerang bahagian dahan, ranting dan batang. Pada keadaan lembap, miselium merah jambu kelihatan di celah-celah bahagian kulit, batang dan daun.
Symptom/sign :
Penyakit ini muncul seperti lapisan tepung yang berwarna merah jambu pada batang. Warna merah jambu mewakili penghasilan kulat yang banyak. Batang berkayu yang muda akan kehilangan daun dan menunjukkan tanda-tanda die back. Penyakit ini turut menyerang pokok mangga.
Cara kawalan :
Ranting yang diserang haruslah dipangkas dan dipotong dan diletakkan dengan Bordeaux atau copper oxychloride. Elakkan menanam secara rapat dan lindungan yang intensif. Amalkan kebersihan ladang membuang sisa-sisa tanaman dan pantau ladang untuk mengelak penyakit yang berulang.
Penyakit : Bintik pada daun
Pathogen penyebab : Colletrotichum gloeosporioides
Jenis Pathogen : Kulat
Bahagian Dijangkiti : Daun
Symptom/sign :
Penyakit ini biasa terjadi kepada nangka. Ciri penyakit ini adalah permukaan daun akan berwarna tompok coklat pekat kepada merah bata. Bintik ini kemudian akan berubah kepada warna kelabu keputihan di tengah-tengah dengan warna coklat pekat disekelilingnya. Kulat ini akan menyerang bahagian tunas muda dan tangkai daun.
psst: +______+

Comments

Cik Chuna said…
k.wan, nana rase dak junior pasni msti brebut-rbut nk wt assignment sal buah nangka..kui3..
wan nur azleen said…
hahaha. untung sangat la d'org, penat jadi penterjemah sampingan wat menda alah ni.hehehe (:

Popular posts from this blog

Pengalaman | Root Canal Treatment (Rawatan Matikan Akar)

Perempuan dan Kasut tumit tinggi